Suami Aku Ustaz .
Monday, 22 October 2012 • 05:51 • 0 comments
Alisa bukanlah
anak gadis yang nakal mana pun. Tapi
bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia
boleh buat?
“Kami nak satukan
kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi
masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia
ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada
keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu
membuatkan dia mengikut kata mereka.Tapi macam mana
pula dengan cita-cita dia? Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular
pula itu, sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak .
Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi,
kalau sudah ramai yang mahu mengisi boring untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz
Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak?
Aduh! Tidak
fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa
hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat
Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap,
kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya
kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku
harap, everything is going to well.”
Alisa.
Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan
wujudnya cinta buat si suami dan berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya
kesampaian?
*Btw , novel ni best . Tapi belum baca habis , ni dia punya sinopsis :)
|
Owner
Assalamualaikum and Hai. This is my blog for my items. You can follow my instagram, facebook to purchase the items. Happy shopping (:
Walkie Talkie
My Status
♥ >> Balik Kampung (Pahang)
date : 13/12/13
at: 10pm
♥ >> Holiday!
date : ???? tak ingat
at: 8am
♥ >> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
History D' Credits
|